Monday, 27 January 2025

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 2025 PSSCM secara hibrid


Kuala Lumpur: Bangunan Silat Cekak Sentul Isnin 27 Januari 2025
:  
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah menganjurkan Sambutan Israk & Mikraj 1446H secara hybrid melalui aplikasi Zoom Meeting.


Majlis juga diisi dengan pengisian ceramah yang telah disampaikan oleh Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Baba Rusli Bin Jamaudin.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia daripada seluruh negara. Sementara itu, PSSCM Cawangan-Cawangan Negeri juga telah mengumpulkan ahli-ahli di rumah cawangan masing-masing untuk sama-sama menghayati peristiwa Israk & Mikraj melalui platform atas talian yang telah disediakan oleh PSSCM di peringkat pusat.



Ucapan penutup telah disempurnakan oleh YBhg En Safaran Bin Haji Ahmad (AMW), Naib Presiden II PSSCM.



Majlis ini turut diserikan lagi dengan ucapan perantauan oleh Guru Utama & Presiden PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan deligasi rombongan ke Baitulmaqdis.

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2025

Saturday, 11 January 2025

Kelas Tunas PSSCM Putrajaya Sesi 1/2025 Bermula

 




Putrajaya: Sabtu 11 Januari 2025. Kelas Tunas PSSCM Kelas Putrajaya bagi Sesi 1/ 2025 telah berjaya diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 15 tahun.



Ibu bapa dan adik-adik yang berminat boleh sertai kami...Jom!


Disediakan oleh;

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya