Saturday 27 April 2024

Sambutan Aidil Fitri Guru Utama PSSCM 2024 meriah


Seremban, 27 April 2024. PSSCM telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Guru Utama dan Presiden PSSCM bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban yang dihadiri hampir 2,000 tetamu yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM dan keluarga serta para jemputan.



Pelbagai gerai hidangan dan masakan tradisional dari cawangan negeri-negeri dibuka dengan pelbagai juadah disediakan secara gotong royong oleh ahli-ahli PSSCM termasuk menu utamanya nasi minyak dari Dapur Cekak. 


Banyak acara menarik ditampilkan dalam sambutan kali ini antaranya; pertandingan busana tercantik, gerai tercantik, hadiah pertandingan mencipta logo khas Karnival Wajadiri (KWD) 2024, sesi karaoke, demonstrasi Silat Cekak dan kelas Tunas dan sebagainya. Tradisi pemberian duit raya turut diberikan kepada anak-anak di bawah 12 tahun.





AlhamduLillah, semoga majlis Aidil Fitri ini akan lagi mengukuhkan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PSSCM dan masyarakat kita. 

Salam Aidil Fitri, jumpa lagi tahun hadapan.

Kredit foto: Jabatan Penerangan dan FB PSSCM

Disediakan oleh

Unit Media Sosial PSSCM Putrajaya@2024