Isnin 31 Oktober 2016...Persediaan untuk menempuhi Kejohanan Wajadiri 2016 @UiTM Jengka Pahang. Insya Allah semoga kita berjaya membawa kejayaan.
Monday, 31 October 2016
Tuesday, 25 October 2016
Kelas Latihan Pra KWD 7...Kami Bersedia Rempuh!!!
Selasa 25 Oktober 2016...Inilah Barisan kita yang ikhlas berjuang untuk Kejohanan Wajadiri (KWD) PSSCM kali ke 7 di UiTM Jengka Pahang. Teguh bersemangat kental jiwanya demi kemenangan yang dicari!!!
Sunday, 23 October 2016
Walimatul Urus Raja Sehari; Ishak dan Ain
Ahad 23 Oktober 2016...Tim busana ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya segak bergaya meraikan Raja Sehari; Ishak dan Ain @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Doa kami semua semoga kekal bahagia diberkati hingga ke Jannah. Lepas kahwin jangan lupa turuk kelas berlatih silat yeeee...
![]() |
Tim Busana PSSCM Putrajaya segak bergaya |
Saturday, 22 October 2016
Program Santai Futsal 1.0 PSSCM Putrajaya
Sabtu, 22 Oktober 2016: Program Santai Futsal anjuran PSSCM KL Putrajaya. Alhamdulillah seramai 45 orang ahli keluarga PSSCM KL Putrajaya, Sg Besi dan Serdang beraksi @ Gelanggang Sukan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
Friday, 21 October 2016
Praktikal Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM 2016 @ Shah Alam
Jumaat 21 Oktober 2016...Ujian praktikal Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM di Kelas Latihan Shah Alam turut disertai oleh ahli PSSCM sebagai peserta dan penguji...Syabas semoga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan lulus, nanti boleh terima sijil konvo Mei 2017 depan.
![]() |
Barisan penguji PSSCM yang gagah berani....jangan main-main ya! |
Tuesday, 18 October 2016
Kelas Latihan Silat Cekak tetap meriah...
Selasa 18 Oktober 2016...Kelas Latihan PSSCM malam ini tetap meriah...Alhamdulillah lepas kelas kita sembang-sembang santai sambil menambah ilmu dan mengerat silaturrahim.
Monday, 17 October 2016
Kelas Latihan PSSCM Pra USR dan KWD7
Isnin, 17 Oktober 2016. AlhamdulliLah kelas silat pada malam ini berjalan lancar. Persediaan untuk USR dan KWD 7 giat dijalankan. Semoga berjaya!!!
Tuesday, 11 October 2016
Kelas Latihan Silat Cekak 12 Oktober 2016
Selasa, 11 Oktober 2016...kelas silat malam ni. Lepas berlatih kita tambah ilmu dengan sembang santai-santai. Kelas kita meriah dengan ada ahli-ahli wanita Cekak penyeri suasana dan rajin bekerja.
Sunday, 9 October 2016
Menghadiri Majlis Walimatul Urus Ahli PSSCM @Wangsa Maju
Ahad 9 Oktober 2016... Ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya menghadiri dan meraikan Majlis Raja Sehari Sdr Mohd Khairi bin Roslim dan pasangannya Che Fatin Humaira bt Che Yusuf@ Taman Melati, Wangsa Maju. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YMDGU dan Datin. Selamat Pengantin Baru.
![]() |
Laungan Selawat Badriyah dan Selawat Pengantin memeriahkan suasana perkahwinan |
![]() |
Pengantin diarak dengan adat istiadat Melayu lengkap berbusana oleh ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang sendiri |
Friday, 7 October 2016
Program Riadah Santai Berbadminton PSSCM Putrajaya@P18
Jumaat, 7 Oktober 2016. Aktiviti santai bermain badminton ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya @Dewan KRT P18R13, Presint 18 Putrajaya seiringan bersama penduduk setempat. Terima kasih kepada Bahagian Perumahan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM) dan KRT P18R13 atas kemudahan dewan yang disediakan. Lepas work-out kita makan-makan pulak...
![]() |
Santai Familia Putrajaya ... |
![]() |
Lepas buang kolestrol kita tambah lemak pulak @Naz Maju P18 |
Thursday, 6 October 2016
Delegasi PSSCM ke Jakarta, Indonesia membuat persembahan
Khamis 6 Oktober 2016...Delegasi PSSCM ke Festival 6th TAFISA World Sport@ Jakarta pada 7 - 9 Oktober 2016. Di Festival TAFISA ini pihak penganjur menganggarkan seramai 12,000 atlet dari 111 negara kontigen akan beraksi. Maklumat lanjut layari; http://tafisagames2016.com/.
PSSCM akan membuat persembahan silat bersama-sama kontigen dari PESAKA Malaysia. Turut serta wakil dari PSSCM Putrajaya.
Tuesday, 4 October 2016
Kelas Silat Cekak Malaysia 4 Oktober 2016
Selasa 4 Oktober 2016, kelas silat malam tadi...lepas bersilat kita santai bersembang mengukuhkan ukhwah. Bukan senang nak dapat cerita menarik dari orang-orang lama...
Monday, 3 October 2016
Latihan KWD 2016 giat diteruskan

Isnin - Selasa 3-4 Oktober 2016...Latihan pemanas badan persediaan Kejohanan Wajadiri Kebangsaan kali ke 7 (KWD7) @+Uitm Jengka Pahang...menang kita pasti, kalah belum tentu...Insya Allah
Tahniah Tuan Penyelia atas anugerah Pingat Setia PSSCM
Isnin, 3. Oktober 2016. Kelas latihan Silat Cekak pada malam ini telah meraikan hari ulangtahun dan penghargaan kepada Tuan Penyelia Kelas yang dikurniakan Pingat Setia PSSCM@ Seremban. Tahniah semoga PSSCM Putrajaya terus berjaya di bawah Penyeliaan Tuan Penyelia Kelas dan sokongan para ahli PSSCM Putrajaya.
Sunday, 2 October 2016
Syabas buat krew dan tim Protokol dan Istiadat PSSCM...
Ahad, 2 Oktober 2016....Tahniah dan terima kasih buat para krew dan tim Protokol dan Istiadat PSSCM dari Kelas Latihan Ulu Yam dan Lembah Klang termasuk Putrajaya yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Program Majlis Anugerah Pingat, Program Selawat, Marhaban dan Berzanji serta Program Hari Tenaga Pengajar PSSCM sempena Maal Hijrah 1438H di Hotel Klana Resort dan Dewan Datuk Hj Maideen@Seremban, Negeri Sembilan .
![]() |
Para panglima PSSCM Kelas Latihan Ulu Yam, Selangor |
![]() |
Penggerak PSSCM Sg Besi dan Putrajaya |
![]() |
Krew yang banyak berjasa dalam memastikan kelancaran Program |
![]() |
Kami Sehati Sejiwa ... |
Saturday, 1 October 2016
Program Maulidur Rasul PSSCM 2017
Ahad, 2 Oktober 2016...Program Selawat, Marhaban dan Berzanji serta Program Hari Tenaga Pengajar PSSCM sempena Maal Hijrah 1438H dirasmikan oleh YMDGU dan dihadiri seramai 1,200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara.
Majlis Makan Malam Perdana Sempena Penutupan 50 Tahun Jubli Emas PSSCM
Sabtu 1 Oktober 2016...Majlis Makan Malam Sempena Majlis Penutup Perayaan Jubli Emas PSSCM. Alhamdulillah dihadiri lebih 1000 orang tetamu jemputan. Hidangan makan malam yang lazat ini disediakan secara gotong royong oleh para krew PSSCM Uniten Muadzam Shah dan Pahang. Esok Majlis Sambutan Awal Muharram 1438H
![]() |
Krew chef-chef PSSCM dari Uniten Pahang...masakan yang cukup lazat dan terjamin hebat |
Subscribe to:
Posts (Atom)